Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . |