TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
MANTERA | MANTERA, suatu bentuk puisi tradisional yang kompleks meliputi kepercayaan, amalan dan ritual yang melibatkan fungsi-fungsi tertentu dalam kehidupan masyarakat. | SASTERA | Kaedah |
TEPUNG TAWAR | TEPUNG TAWAR, sejenis bahan atau ramuan yang digunakan dalam perubatan tradisi dan acara ritual orang Melayu. Tepung tawar dibuat daripada beras yang dibancuh dengan air. Tepung tawar harus dibuat dengan tertib, cermat dan dimulai dengan bacaan bismillah. Biasanya tepung tawar dibuat beberapa minit sebelum digunakan. Tepung tawar dibuat khusus untuk sesuatu tujuan atau acara sahaja. | BUDAYA | Konsep |
ANUBIS | Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali digambarkan sebagai anjing atau serigala yang sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth, pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth. | UMUM | |
PASUNG RUMAH | PASUNG RUMAH, cara magis dengan tujuan untuk memelihara keselamatan seluruh isi rumah. Ritual ini biasanya dilakukan oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang alam ghaib. | BUDAYA | Kepercayaan |
TARIAN TRADISIONAL SARAWAK | TARIAN TRADISIONAL SARAWAK, tarian suku kaum di Sarawak. Tidak ada catatan yang jelas tarikh bermulanya tarian tradisional ini diterima dan diamalkan oleh suku kaum di Sarawak. Seni tari tradisional acap kali dikaitkan makna ‘bermain’ atau sebahagian daripada permainan yang memperlihat suasana keriangan dan juga yang berhubung kait dengan upacara ritual yang diamalkan oleh kaum masing-masing. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SEMANGAT PADI | SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan. Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian. Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual. | BUDAYA | Kepercayaan |