Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.zom] | ريزوم

Definisi : (Bio) batang tumbuhan, spt kunyit dan halia, yg tumbuh mendatar dlm tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.zom] | ريزوم

Definisi : batang (spt akar) yg tumbuh mendatar dlm tanah atau pd permukaan tanah, mengeluarkan akar dr bahagian bawah dan pucuk dr bahagian atasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rizom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIZOM

Rizom ialah batang mendatar yang tumbuh di

permukaan tanah atau betul-betul di bawah

permukaan tanah. Rizom mengeluarkan daun dan

bunga di atas permukaan tanah, dan akar kecil di

bawah permukaan tanah.

UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 

Kembali ke atas