Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.dat] | رودت

Definisi : sj tarian yg ditarikan oleh lelaki dan perempuan yg nyanyiannya (Arab) diiringi dgn rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.dat] | رودت

Definisi : nyanyian dan tarian yg diiringi pukulan rebana (berasal dr negara Arab). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rodat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RODAT

RODAT, sejenis persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan sambil memukul rebana. Rodat yang berkembang di rantau ini dipercayai berasal dari tanah Arab. Perkataan ‘rodat’ itu adalah singkatan ‘hadzrah Baghdad’ atau dikir Baghdad. Rodat popular di Terengganu. Rodat ini dibawa ke Terengganu dari Indonesia. Di daerah Sambas, terdapat sejenis tarian yang dinamakan ‘redat’ yang menyerupai rodat yang berkembang di Terengganu.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas