Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = negeri ~ sl Byzantium (Istanbul), Turki; 2. ibu negeri Itali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist singkatan bagi read only memory (ingatan baca sahaja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AENEAS

 Aeneas ialah wira Trojan dalam mitologi Yunani

dan Rom. Orang Rom percaya bahawa Aeneas

berketurunan Remus dan Romulus, kononnya

penubuh Rom. Penyajak Rom Virgil mengagungkan

keperwiraan Aeneas dalam puisi epik Aeneid.

UMUM 
ROM PURBA

Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah

bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri

daripada gembala kambing di pedalaman Itali,

berkembang sehingga menjadi sebuah empayar

yang terbesar dalam sejarah – dan kemudian

mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang

Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753

S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk

sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman

kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M.,

UMUM 
MARS

Mars ialah tuhan peperangan dalam mitologi

Rom. Orang Rom purba memberi Mars

kepentingan istimewa kerana mereka menganggap

beliau bapa Romulus dan Remus, pengasas

legenda Rom.

UMUM 
ROMULUS DAN REMUS

Romulus dan Remus, dalam mitologi Rom, ialah

dua adik-beradik kembar yang mengasaskan bandar

Rom. Orang Rom menganggap Romulus sebagai raja

mereka yang pertama.

UMUM 
MERCURY

Mercury ialah utusan tuhan dan dewa

perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom

purba turut memuja Mercury sebagai dewa

perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan

commerce, merchandise dan merchant berkait

rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap

Mercury agak licik dan mengelirukan, serta

seorang penipu atau pencuri. Penjenayah

menganggapnya sebagai pelindung mereka.

Mercury menyerupai dewa Hermes dalam

mitologi Yunani.

UMUM 
PERANG PUNIC

Perang Punic ialah tiga pertempuran yang

berlaku antara Rom Purba dengan Carthage. Rom

memenangi semua pertempuran tersebut.

Kejayaan tersebut menjadikan Rom kuasa yang

agung di bahagian Mediterranean Barat, dan

membantu Rom menguasai seluruh dunia

Mediterranean . Punic , perkataan Latin untuk orang

Phoenicia , digunakan untuk nama perang tersebut

kerana Carthage diasaskan oleh orang Phoenicia.

UMUM 
EMPAYAR ROM TIMUR

Empayar Rom Timur lihat Empayar Byzantine;

Rom Purba (Kebangkitan dan kejatuhan; peta;

Pembahagian Empayar Rom Timur).

UMUM 
TEMBOK ROM

Tembok Rom ialah tembok penghalang yang

dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak

terdapat sempadan jajahan yang semula jadi.

Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina

satu garisan tembok di negara yang kini ialah

Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya

membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine

di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang

mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai

Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua

maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok

Rom yang paling masyhur.

UMUM 
ORANG SAMNIT

Orang Samnit ialah golongan puak purba di

tempat yang kini selatan Itali. Orang Samnit ini

dikenali terutamanya kerana perlawanannya yang

sengit menentang orang Rom. Orang Rom

meluaskan empayarnya ke wilayah Samnit pada

tahun 300-an S.M. Orang Rom dikalahkan oleh

orang Samnit dalam Pertempuran Caudine Forks,

tetapi pada tahun 290-an S.M., orang Samnit

dikalahkan oleh orang Rom. Kejadian ini dengan

ketaranya mengurangkan penduduk Samnit. Dalam

Perang Sosial pada tahun 80-an S.M., orang Samnit

dihancurkan oleh orang Rom. Orang Samnit

kemudiannya menerima dan mengamalkan adat

resam dan bahasa Rom.

UMUM 
ROM UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas