Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tangkai padi; penyapu ~ sj penyapu yg dibuat drpd tangkai padi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tangkai padi yg telah dileraikan padinya (biasanya digunakan utk membuat penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN LIMERICK

Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang

menamatkan peperangan antara raja-raja England,

William III dengan James II. Orang Inggeris telah

menggulingkan James, yang bermazhab Roman

Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William

yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong

James yang dikenali sebagai Jacobites , mula

memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III

telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali

sehingga pada tahun 1691, mereka hanya

menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat

keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua

pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3

Oktober.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 
MONTE CASSINO

Monte Cassino ialah biara di Itali terletak di

antara Rom dan Naples. Di sini Saint Benedict

menubuhkan mazhab Benedictine, Roman Katolik.

Lebih kurang pada tahun 529 M., Saint Benedict lari

daripada hukuman bunuh dan bersembunyi dalam

bandar Cassino yang telah musnah. Kemudian

Saint Benedict dan pengikutnya membina sebuah

biara di tempat tinggi di bandar tersebut. Mazhab

Benedictine di Monte Cassino mencapai kemuncak

pengaruhnya dari tahun 1058 hingga tahun 1087.

Rahib Desiderius, yang kemudian menjadi Pope

Victor III memerintah Monte Cassino pada masa

itu. Para rahib dan biarawan di Monte Cassino

menghasilkan manuskrip dan lukisan yang terkenal

di seluruh dunia. Pada tahun 1071, sebuah gereja

baru telah ditahbiskan. Ia dinamakan katedral pada

tahun 1321.

UMUM 
PARADA HARAHAP

Roman'" lang=EN-US>PARADA HARAHAPRoman'" lang=EN-US> (1899-1959), penerbit akhbar dan wartawan Indonesia.  Dia lahir pada 15 Disember 1899 di Tapanuli, Sumatera Timur, Indonesia. Dia menerima pendidikan sehingga Sekolah Kelas III.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas