Armagh, Kaunti ialah kaunti terkecil daripada enam kaunti di Ireland Utara. Ia menganjur dari pantai Lough Neagh di utara hingga sempadan Republik Ireland di selatan dan barat. Kaunti ini disempadani oleh Kaunti Tyrone di barat dan Kaunti Down di timur. Sebahagian besar daripada Kaunti ini terbentuk dalam daerah Armagh sejak rombakan semula kerajaan tempatan pada tahun 1973. Manakala bahagian yang selebihnya termasuk dalam daerah Dungannon, Banbridge serta Newry dan Mourne. Menurut banci pada tahun 1971, penduduk di Kaunti ini berjumlah 133 969 orang. |