Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam segi empat selari adalah sama. Jika kesemua sudut dalam segi empat selari adalah bersudut tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi empat selari yang mempunyai empat sisi sama dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama. Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt. Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi berlawanan dengannya. |