PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan. Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya. Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib. Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat. Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa. Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya. Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit. Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.
Thanks for clicking. That felt good.