Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika di bawah Presiden Theodore Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun. Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai menghargai sumbangannya terhadap keamanan dunia. |