Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus Dryas . Aven gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada (Canadian Rockies) ialah D. drummondii . Aven gunung biasa ialah D. octopetala . |