Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rose


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSE, LIONEL

Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli

Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight

dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju

Jepun, Masahiko “Fighting” Harada

mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk

merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini

adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose.

Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28

daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang

gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben

Olivares, di Mexico pada tahun 1969.

UMUM 
GUELDER-ROSE UMUM 
ROSE CHAFER

Rose chafer ialah kumbang yang panjangnya

lebih kurang 8 milimeter.

UMUM 
ROSE, ERNESTINE POTOWSKI

Rose, Ernestine Potowski (1810–1892)

merupakan reformis wanita yang utama di Amerika

Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. Dia

menjadi terkenal khususnya sebagai penyokong

awal usaha-usaha untuk mendapat hak yang sama

bagi kaum wanita.

UMUM 
MARY ROSE

Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry

VIII England yang karam berdekatan Portsmouth

pada tahun 1545.

UMUM 
MACAULAY, DAME ROSE

Macaulay, Dame Rose (1881–1958), penulis

British yang telah mendapat pengiktirafan pada

tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira

yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya

pula tragedi.

UMUM 
LA ROSE

LA ROSE, (1932 -     ), novelis Indonesia. Dia lahir pada 22  Disember 1932 di Pekalongan, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jenny Laloan dan ibu bapanya berasal dari Minahasa, Sulawesi, Indonesia. Dia mendapat pendidikan hingga sekolah menengah atas.

SASTERATokoh
SAINT-JOHN'S-WORT

Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai

hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok

renek yang berbunga besar, berwarna kuning.

Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan

sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia

biasanya adalah pokok renek yang rendah.

Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang

bergugus pada musim panas. Bunga berwarna

samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek

ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah

berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun

yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang

lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia

tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan

tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman

tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya.

Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort

yang diketahui.

Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong

dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas

ialah Hupericum X moserianum .

UMUM 
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne

Regrette Rien’.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM 
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
12

Kembali ke atas