Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru] | رو

Definisi : simbol kimia bagi rutenium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru] | رو

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cemara (laut), Casua­rina equisetifolia; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Dacrydium elatum; akar ~ sj tum­buhan (paku-pakis), Lycopodium casua­rinoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru] | رو

Definisi : nama sj pokok; cemara, Casuarina equisetifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ru

Peribahasa

Seperti pucuk pohon ru;
     ke mana ditiup angin ke situlah melentur.

Bermaksud :

Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUTumbuhan yang berasal dari kawasan rantau Asia Tenggara hinggalah ke bahagian utara Australia.PERTANIANFlora dan Fauna
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 
HAJI SULONG PATANI

HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas