Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. |