Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal seĀ­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ruas (kata nama)
Bersinonim dengan sendi, buku.,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terentak ruas ke buku.

Bermaksud :

Hilang akal, tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPITANKapsyen          :           Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan

 

SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.  Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang.  Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan.  Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung.  Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya.  Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas