Ruba`iyyat, al- ialah satu nama kumpulan sajak
empat baris yang dihasilkan oleh `Umar al-Khayyam,
penyair Parsi yang juga ahli astronomi dan
matematik .
RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab. Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam. Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam. Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.