Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, Poulzolzia zeylanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rubai I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUBAI

RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab.  Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam.  Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.  Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">Ruba’iyat Umar KhaiyamI>.  Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas