Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1 tidak mendapat keuntungan; dijual dgn harga yg lebih rendah drpd harga pokok: Apa gunanya berniaga kalau selalu ~? 2 tidak memberi faedah atau kebaikan; sia-sia saja: Dia berasa ~ mengikuti kursus itu kerana apa-apa yg diajarkan dlm kursus itu sudah dipelajarinya dahulu. berugi mendapat rugi; menanggung rugi: Apa guna ~-rugi mengeluarkan belanja yg banyak utk majlis perkahwinan itu? merugikan 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. kerugian 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Biar senget jangan tertiarap.

Bermaksud :

Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GANTI RUGI UMUM 
KECUAIAN SERTAAN

Kecuaian sertaan atau kesalahan bersama ialah satu bentuk pembelaan dalam satu tindakan dalam Common Law bagi mendapatkan ganti rugi atas kecederaan atau kemudaratan yang timbul disebabkan kecuaian sesuatu pihak.

UNDANG-UNDANGKonsep
LAPAU

LAPAU, hukuman adat di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan dan Murut di Sabah. Lapau merupakan ganti rugi yang wajib diberikan oleh seorang suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain. Orang Dusun dan Murut menganggap berzina sebagai satu kesalahan adat., Mereka juga percaya bahawa tindakan itu boleh menggugat keharmonian kampung dan juga ahli keluarga pihak yang terlibat.

BUDAYAAdat
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas