MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889- ? ), wartawan dan penerbit Indonesia. Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Langkat. Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai.
Thanks for clicking. That felt good.