RUKUN ISLAM | konsep/peraturan kehidupan umat islam | AGAMA | Konsep |
RUKUN TETANGGA | RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman. Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak. Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia. Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari. Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RUKUN IMAN | rukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya. | AGAMA | Konsep |
RUKUN NEGARA | RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
RUKUN TIGA BELAS | RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948. Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British. Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan. Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan gerakan tersebut. Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEMBAHYANG | rukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islam | AGAMA | Konsep |
SOLAT | Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun, sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah daripada al-Qur’an. | UMUM | |
SYIAH | Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang diserahkan kepada orang ramai untuk menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn Abu Talib sebagai pengganti Baginda. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |