Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan me­nger­jakan haji); menunaikan ~ yg kelima me­nger­­ja­kan ibadat haji; 2. dasar, tiang, asas, sen­­di: negara yg mengamalkan ~-~ de­mokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg dinyatakan di bawah ini; ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~ Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, ke­setiaan kpd raja dan negara, keluhuran per­lembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam; ~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RUKUN IMANrukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya.AGAMAKonsep
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.  Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RUKUN ISLAMkonsep/peraturan kehidupan umat islamAGAMAKonsep
SEMBAHYANGrukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islamAGAMAKonsep
SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala

dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan

yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan

salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun,

sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah

daripada al-Qur’an.

UMUM 
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (<i>imamahi>

atau <i>khilafah i>) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 

Kembali ke atas