RACUN RUMPAI | Racun | PERTANIAN | Konsep |
RUMPAI BABI | Rumpai babi ialah rumpai biasa tahunan. Akarnya yang kuat, tahan lasak, tumbuh di tanah yang sesuai untuk tanaman. | UMUM | Umum |
RUMPAI LAUT | Rumpai laut ialah nama bagi mana-mana organisma laut bak tumbuhan yang cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar. Rumpai laut boleh didapati tumbuh di dasar laut, terapung-apung di permukaan laut, melekat pada batu-batan dan jeti, dan terdampar di pantai. | UMUM | Umum |
RACUN HERBA | Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun herba untuk menghapuskan rumpai di laman, taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan lain. | UMUM | |
RUMPAI KOLAM | Rumpai kolam ialah tumbuhan yang tumbuh dalam air, terutamanya air tenang. Rumpai kolam mempunyai bunga kecil berwarna hijau yang tumbuh di permukaan air. | UMUM | Umum |
RUMPAI KEBAKARAN | Rumpai kebakaran, juga dikenali sebagai herba willow ialah tumbuhan tegak yang tumbuh subur di Zon Sederhana Utara. Ia mendapat namanya kerana ia muncul dengan cepat selepas kebakaran hutan. | UMUM | Umum |
RUMPAI | Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di tempat ia tidak dikehendaki tumbuh. Tumbuhan boleh dianggap sebagai rumpai di satu tempat tetapi tidak di tempat lain. | UMUM | Umum |
RUMPAI SUSU | Rumpai susu ialah nama bagi lebih daripada 100 jenis tumbuhan yang mempunyai jambak rerambut bak sutera pada bijinya dan mengandungi jus bak susu. | UMUM | Umum |
RUMPAI CAPE | Rumpai Cape ialah tumbuhan yang diperkenalkan dari Afrika Selatan ke Australia pada awal tahun 1800-an. Ia dinaturalisasikan di Australia Barat pada tahun 1833. | UMUM | Umum |
AGAR-AGAR | Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas) tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik. Tukang masak Timur menggunakan agar-agar sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di Amerika Syarikat. | UMUM | |