Swedenborgian ialah orang yang mengikut rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817. Sebuah badan yang berasingan, iaitu General Church of the New Jerusalem, diasaskan pada tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya dengan cara bersekutu dengan badan-badan di Amerika Syarikat atau dengan Conference of the New Church di United Kingdom. |