Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya. Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi mempunyai muncung yang panjang, dan runcing yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi bulu yang pendek, berwarna gelap. |