Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj luar bandar: ~ industries, industri-industri luar bandar; they lived in ~ seclusion, mereka tinggal terpencil di luar bandar; the ~ areas, kawasan-kawasan luar bandar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rural


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIDA

RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MARA

MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas