Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 
PERANG RUSIA-JEPUN

Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun

sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam

peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas

hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari

rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan

hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun

1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari

1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga

dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang

ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian

Portsmouth ditandatangani.

UMUM 
PETER I YANG AGUNG

Peter I yang Agung (1672–1725), pemerintah

Rusia, terkenal kerana membuka jalan ke laut untuk

Rusia dan menerapkan nilai barat dalam adat dan

institusi Rusia. Baginda menjadikan Rusia sebagai

sebuah kuasa dunia yang agung.

UMUM 
SOVIET

Soviet ialah perkataan bahasa Rusia yang

bermaksud majlis. Kumpulan revolusioner Rusia

digelar soviet. Soviet pertama ditubuhkan semasa

berlaku pemberontakan pekerja Rusia pada tahun

1905. Soviet dibentuk di seluruh Rusia selepas

kejatuhan Tsar pada bulan Mac 1917. Soviet ini

berbentuk majlis yang dianggotai oleh pekerja,

petani dan tentera. Majlis ini mengumpul

sokongan rakyat terhadap rancangan pihak Sosialis

untuk membentuk sebuah kerajaan Rusia.

UMUM 
KESUSASTERAAN RUSIA

Kesusasteraan Rusia meliputi beberapa buah

karya agung terunggul yang pernah dihasilkan.

Penulis Rusia menggunakan semua bentuk

kesusasteraan, tetapi terkenal kerana novel dan

puisi. Gaya penulisan, isi, dan penganalisisan watak

yang tajam adalah antara sifat yang menjadikan

karya Rusia antara yang terbaik. Karya Rusia yang

paling dikenali memperlihatkan keprihatinan yang

mendalam terhadap masalah moral, keagamaan,

dan falsafah.

UMUM 
SAINT PETERSBURG

Saint Petersburg (pend. 4 468 000; pend. kaw.

met. 5 020 000), dahulunya Leningrad, ialah bandar

raya kedua terbesar di Rusia. Hanya Moscow, ibu

negara Rusia, yang mempunyai lebih ramai

penduduk. St. Petersburg merupakan pelabuhan

utama Rusia dan salah sebuah pusat kebudayaan

dan industri dunia yang penting. Bandar raya ini

terletak di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia

(peta politik).

UMUM 
NIZHNIY NOVGOROD

Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat

perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai

Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy

Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di

Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian

Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia).

UMUM 
PERANG RUSIA-FINLAND

Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia

II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang

sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat

dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939

hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang

Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun

1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan

tersebut.

UMUM 
SASTERA RUSIASastera yang berkembang dan diamalkan oleh masyarakat di negara Rusia.SASTERAKonsep
RUSIARusia ialah negara yang mempunyai keluasan
terbesar di dunia. Keluasannya hampir dua kali
ganda besar daripada Kanada, negara kedua
terbesar di dunia.
UMUMUmum
12345678910...

Kembali ke atas