Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet,

ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di

dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga

tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang

kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi

beberapa buah negara merdeka.

UMUM 
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
STALIN, JOSEPH

Stalin, Joseph (1879–1953), diktator Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dari tahun 1929

hingga tahun 1953. Dia bangkit daripada keadaan

kemiskinan yang amat memeritkan sebelum

menjadi pemimpin sebuah negara yang meliputi

kira-kira satu per enam daripada keluasan tanah di

dunia.

UMUM 
TANJUNG PENEGERI

TANJUNG PENEGERI, akhbar yang diterbitkan di Pulau Pinang pada pengujung abad ke-19.  Akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu, iaitu pada hari Selasa dan Jumaat ini terbit pertama kalinya pada 4 Oktober 1894.  Editor pertama akhbar ini ialah S.P.S.K. Kadar Sahib, seorang yang berketurunan India Muslim.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
KAMUS LATIN-INDONESIA

KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai.

BAHASAPenerbitan
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 

Kembali ke atas