SAAT | Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s. Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan 24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60 minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000 daripada satu bulatan. | UMUM | |
DINE | Dine ialah satu unit daya. Satu dine ditakrifkan sebagai daya yang bertindak ke atas gram jirim, akan mengeluarkan pecutan nombor sentimeter per saat bagi setiap saat daya itu bertindak (nombor sentimeter per saat per saat). | UMUM | |
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF | Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847– 1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal gabenor jeneral kerana enggan meluluskan pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan tamat tempoh perkhidmatannya. | UMUM | |
JAMALUL AZAM | JAMALUL AZAM ( ? – 1881), Sultan Sulu (m.m. 1862-1881). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia dikenal juga dengan nama Jamalul Alam. Dia menggantikan ayahnya Sultan Muhamad Fald. Masa pemerintahannya merupakan saat-saat terakhir Sulu sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat. Pada zaman pemerintahannya persaingan antara kuasa Barat di perairan Sulu sampai ke kemuncaknya. Semenjak pertengahan abad ke-19, pihak Sepanyol telah berusaha untuk menguasai Sulu sepenuhnya bagi mengelakkan Sulu jatuh kepada kuasa-kuasa Barat yang lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JAMAL UL-KIRAM II | JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32. dia lahir di Filipina. Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32. dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir. Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya. Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
SIBIL | Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. | UMUM | |
MINIT | Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah. Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah. Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut dibahagikan kepada 60 saat. | UMUM | |
TALKIN | Perlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut. | AGAMA | Konsep |
TELEFON | Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima mesej suara, biasanya dengan menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon seseorang yang berada di seberang jalan, di bahagian lain dalam negara, ataupun dengan seseorang di benua lain. Perkataaan telephone ( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) . | UMUM | |