Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bel] | سابل

Definisi : sj mamalia bertubuh kecil yg terdapat di kawasan Artik, mempunyai bulu hitam atau perang gelap yg bernilai tinggi, dan digunakan utk membuat pakaian spt kot dsb, Martes zibellina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bel] | سابل

Definisi : IB pedang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABEL

Sabel ialah haiwan kecil dalam famili wesel. Sabel

hidup dari timur Rusia merentasi Siberia dan

Mongolia hingga ke Hokkaido, di utara Jepun. Ia

berkaitan rapat dengan marten pain Amerika Utara,

yang juga dikenali sebagai sabel Amerika (lihat

Marten ).

UMUM 
SEMENANJUNG KAMCHATKA

Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah

selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut

Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira

350 000 kilometer persegi dengan penduduk

kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung

ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung

ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan

perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan

ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang,

memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya

mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai

baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan

ketam yang utama.

UMUM 

Kembali ke atas