SABIL AL-MUHTADIN, kitab fikah Islam berbahasa Melayu (Jawi), disusun oleh Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama dari Kalimantan Selatan. Judul lengkap kitab ini ialah Sabil al-Muhtadin Littafaqquh fi Amra l-Din, yang bermaksud, jalan orang-orang yang memperoleh petunjuk Ilahi untuk memahami secara mendalam tentang urusan agama Islam.
KECIL SEBERI, (1780-1805), Sultan Ternate. Dia juga dikenal sebagai Nuku Kaicili Paparangan Sabele (Panglima Perang Sabil) di Tidore, Maluku Utara. Dia memimpin rakyat Tidore melawan Kompeni Belanda (VOC).
SELEMPANG MERAH, kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor. Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh bin Abd. Karim yang lebih dikenali di kalangan pengikutnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh.
Thanks for clicking. That felt good.