Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikat pinggang yg dibuat drpd kain (sutera dll), bengkung: maka diurainya ~nya, diikat-kannya pd pinggang Tun Menida sekerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabuk (kata nama)
Bersinonim dengan ikat pinggang, tali pinggang, bengkung, udet, sentagi, setagen, mintak, korset, supu.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABUK PENYAMPAI

Sabuk penyampai atau tali sawat penyampai

ialah alat yang menyampaikan (membawa) banyak

bahan dari satu tempat ke satu tempat. Ia terdiri

daripada sabuk lingkar yang tergelung pada dua

takal. Satu daripada takalnya dikenali sebagai

takal pacu , dan membekalkan kuasa yang

menggerakkan sabuk. Kebanyakan sabuk

penyampai dijalankan oleh motor elektrik.

UMUM 
MESINGAN

Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh

menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru

seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu

antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter.

Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain

atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali

sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan

dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya

terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai

senjata berat dan biasanya mempunyai penahan.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 

Kembali ke atas