Minorca juga dieja menorca, adalah pulau yang kedua terbesar di Kepulauan Balearic. Kepulauan ini terletak di Laut Mediterranean, di luar pantai timur Sepanyol (lihat Kepulauan Balearic). Keluasannya meliputi 686 kilometer persegi. Jumlah penduduknya kira-kira 57 000 orang. Terdapat lombong besi di Minorca. Ladang tanaman termasuklah bijirin dan hem, anggur, zaitun, dan buah-buahan lain. Bahan logam, pakaian, sabun dan wain dihasilkan di pulau ini. Mahon adalah bandar dan pelabuhan utama. Untuk lokasinya, lihat Sepanyol (peta politik). Minorca adalah milik Sepanyol. England dan Perancis pernah menguasai pulau ini beberapa kali. England menyerahkan Minorca kepada Sepanyol di bawah Perjanjian Amiens pada tahun 1802. |