Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.du.ran] | سادورن

Definisi : 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.du.ran] | سادورن

Definisi : sabut kulit berserat atau berjerami, spt kulit buah kelapa. tali ~ tali yg dibuat drpd sabut kelapa. ~ keluli anyaman serat drpd besi halus dan digunakan utk membersihkan (melicinkan) logam dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sadur (kata nama)
Bersinonim dengan sepuh, lapisan, salutan;,
Kata Terbitan : bersadur, menyadur, saduran, penyaduran, penyadur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR CENDAWAN PUTIH

SYAIR CENDAWAN PUTIH, sastera hikayat dalam bentuk syair. Syair ini tergolong dalam genre sastera saduran yang mempunyai pengaruh cerita Panji, epik Ramayana dan cerita saduran Arab-Parsi. Syair Cendawan Putih telah diterbitkan oleh tiga penerbit dalam bentuk tulisan Jawi dengan cap batu iaitu percetakan al-Aminat al-Thabaat, percetakan Sulaiman Mar’i, Singapura, dan percetakan Mutaba’ Mohamad’y, Bombay.

SASTERAKonsep
SASTERA KITAB

SASTERA KITAB, karya yang dihasilkan mengenai ilmu keagamaan.  Karya ini merupakan hasil tulisan para ulama di Nusantara.  Sastera kitab meliputi karya asli dan karya saduran atau terjemahan dari Asia Barat.  Sastera  kitab ditulis dalam huruf Jawi.  Pada peringkat awal, karya ini ditulis dalam bentuk manuskrip, kemudian pada abad ke-19, karya ini mulai dicetak dalam bentuk cetakan batu.  Cetakan ini dilakukan di Mesir, Makkah, Bombay, Singapura dan Pulau Pinang.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas