| MAAL HIJRAH | Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. | UMUM | |
| AHLI SUNNAH | Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan berpegang pada Sunnah yang terdiri dari kalangan sahabat dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn Rajab berkata: “Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang bersih daripada syubahat dan hawa nafsu”. | UMUM | |
| TUN JANA KHATIB | TUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu. Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib. Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah. Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MA'AL HIJRAH | MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |