| ATHANASIUS, SAINT | Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang yang penting kerana banyak tulisannya yang mempertahankan agama Kristian ortodoks daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah yang betul-betul tuhan. Athanasius juga memperkenalkan cara hidup komuniti agama Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan kepada agama Kristian Barat. | UMUM | |
| PERTUBUHAN SUKARELA | PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri. | BUDAYA | Persatuan |