Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ra]/[sa.ha.ra/] | صحراء

Definisi : Ar padang pasir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sahara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAHARA BARAT

Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir

barat laut benua Afrika yang terletak di antara

Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik.

Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun

Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan

Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi

dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat

memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak

itu, peperangan terus berlaku antara puak

pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai

Polisario Front yang menganggap gurun tersebut

negara berasingan dan mereka menolak untuk

bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun

tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
MALI

Mali ialah negara yang besar di bahagian barat

Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi

separuh negara ini di bahagian utara. Padang

rumput yang beralun meliputi kebanyakan

bahagian lain Mali.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
KOLOBUS

Kolobus ialah sejenis monyet yang hidup

di Afrika, di selatan gurun Sahara sehingga

ke Sungai Zambezi.

UMUM 
TENGGULUNG

Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies

haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo.

Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan

beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti

tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan

mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor

yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang

boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk

dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik

yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada

tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna

perang.

UMUM 
MAURITANIA

Mauritania ialah negara yang terletak di barat

Afrika. Negara ini terbentang dari pantai Atlantik ke

Gurun Sahara.

UMUM 
KUDU

Kudu ialah antelop besar. Dua jenis kudu hidup

di kawasan berumput di selatan dan timur Afrika,

di selatan Sahara.

UMUM 
TIMBUKTU

Timbuktu (pend. 20 483) ialah bandar

perdagangan kecil di Mali Tengah. Nama rasminya

ialah Tombouctou. Dari tahun 1200 hingga tahun

1500, ia merupakan salah sebuah bandar komersial

yang terkaya di Afrika dan pusat pengajian Islam.

Timbuktu diasaskan pada kira-kira tahun 1100. Ia

terletak berhampiran hujung selatan Gurun Sahara,

lebih kurang 13 kilometer dari Sungai Niger (lihat

Mali [peta]).

UMUM 

Kembali ke atas