Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu membentuk sebahagian sempadan antara Thailand dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos, Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman, sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir. Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia). |