SAID, EDWARD | Ahli falsafah sastera. | SASTERA | Tokoh |
DOL SAID | Dol Said (1773–1849), Penghulu Naning yang menentang pentadbiran British. Dol Said dari keturunan suku Semelenggang. Dia memegang jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun 1833. | UMUM | |
PORT SAID | Port Said (pend. 460 000) ialah bandar di Mesir yang terletak di persimpangan Terusan Suez dan Laut Mediterranean. Namanya dalam bahasa Arab ialah Bur Said . | UMUM | |
SAID, NURI AS- | Said, Nuri as- (1888–1958) ialah pegawai tentera dan ahli politik Iraq, berkhidmat sebagai Perdana Menteri Iraq pada 14 peristiwa yang berbeza. Dia dikenali kerana usahanya untuk menyatupadukan orang Arab. | UMUM | |
TITIE SAID | TITIE SAID (1935 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sana | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH HAJI MUHAMMAD SAID AL-LINGGI | Syeikh Haji Muhammad Said al-Linggi (1874–1926), ulama dan pengarang kitab. Dia terkenal sebagai ulama yang mengembangkan Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Idris ad-Dandrawi. Dia mengembara hingga Kemboja, Thailand dan Singapura, selain Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha mengembangkan ilmu dan tarekat | UMUM | |
MUHAMMAD MUHAMMAD SAID | MUHAMMAD MUHAMMAD SAID (1888-1939), ulama dan penulis. Dia lahir pada 30 Januari 1888 di Kampung Dalam Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said. Ayahnya ialah Haji Muhammad Said Khatib bin Haji Jamaluddin adalah seorang ulama dan khatib, dan Hakim Mahkamah Tanah semasa pemerintahan Sultan Muhammad (m.m. 1900-1920). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN | MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN ( ? -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
A. SAMAD SAID | A. SAMAD SAID (1935- ), penulis dan Sasterawan Negara yang keempat. Dia lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. | SASTERA | Konsep |
SAID ZAHARI | SAID ZAHARI (1928 - ), nasionalis dan wartawan. Dia lahir pada 18 Mei 1928 di kawasan Scotts Road, Singapura. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanglin Besar, sebelum menyambung pelajaran di sekolah Jepun Sihan Gakko selama lebih kurang dua tahun. Setelah kekalahan Jepun, Said meneruskan persekolahannya di Anglo-Chinese Evening School dan kemudian di Anglo-Malay Evening School hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1951. Dia mahir dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |