TALI | Tali diperbuat daripada lembar benang atau dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara 4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang diperbuat daripada lembar benang. | UMUM | |
KILANG | Kilang ialah bangunan atau sekumpulan bangunan tempat keluaran dibuat. Kilang berbeza-beza saiznya, daripada tempat simpan kereta di rumah hingga kepada bangunan yang meliputi seluruh blok bandar raya. | UMUM | |
AMEBA | Ameba ialah organisma halus satu sel yang biasanya hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Ameba berbeza-beza saiznya daripada kira-kira 0.25 milimeter sehingga 2.5 milimeter lebarnya. Sesetengah ameba hidup dalam air dan tanah lembap. Yang lainnya hidup dalam tubuh haiwan dan manusia. | UMUM | |
KARILON | Karilon ialah seperanggu 23 buah atau lebih loceng tidak bergerak yang disusun untuk memainkan muzik. Loceng ini berbeza-beza saiznya, iaitu berdiameter antara sembilan sentimeter dan berat 3.2 kilogram hingga berdiameter 31 meter dan berat 18 tan metrik. | UMUM | |
PERLADANGAN POKOK | Perladangan pokok. Ladang pokok ialah kawasan milik persendirian yang digunakan untuk menanam pokok bagi mendapatkan keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya daripada dua hektar hingga kepada 400 000 hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara menganjurkan program ladang pokok di peringkat negara. | UMUM | |
BOXER | Boxer ialah anjing yang sederhana saiznya. Ia dibiakkan dengan mengacukkan anjing mastif Bullenbeisser dengan anjing bulldog oleh pembiak Jerman pada tahun 1850. | UMUM | |
BUSTARD | Bustard ialah burung buruan yang besar yang hidup di dataran yang kering dan lapang di semua benua kecuali Amerika. Burung ini paling banyak terdapat di Afrika, dan saiznya berbeza-beza daripada sebesar ayam hingga sebesar ayam belanda | UMUM | |
MOA | Moa adalah mana-mana satu daripada kira-kira 13 spesies burung yang telah pupus, yang pernah hidup di Pulau Utara dan Pulau Selatan di New Zealand. Moa berbeza-beza saiznya daripada sebesar ayam Belanda hingga setinggi tiga meter. Moa tidak boleh terbang. Moa mempunyai kepala kecil, leher panjang, kaki tegap, dan tidak mempunyai kepak. Moa memakan buah dan daun. | UMUM | |
TAUFAN | Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. | UMUM | |
METAMORFISME | Metamorfisme ialah rangkaian proses yang mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme, saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin terbentuk atau mineral yang ada mungkin bertambah saiznya. | UMUM | |