Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ka] | ساک

Definisi : pusaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ka] | ساک

Definisi : 1. leluhur drpd sebelah emak; ~ baka leluhur drpd kedua-dua belah pihak (ibu dan bapa); 2. pangkat yg turun-temurun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ka] | ساک

Definisi : tidak subur lagi (tanah), usang: padi tidak berapa jadi, tanahnya pun sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ka] | ساک

Definisi : keturunan drpd sebelah ibu: ~ baka keturunan drpd pihak ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ka] | ساک

Definisi : tidak subur lagi (bkn tanah); usang: Tanah yg sudah ~ eloklah dibubuhi baja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ka] | ساک

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg masih terus hidup dan berbunga se­lepas dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saka (kata nama)
Bersinonim dengan pusaka, peninggalan, warisan, tirkah, wasiat.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMI

Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam

terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan

ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan.

Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang

paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis

rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal

dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar

berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan

berbulu di bahagian bawah. Penanam akan

menanam akarnya, yang membesar menjadi

tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan.

Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter

tingginya.

UMUM 
SNEEZEWORT

Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan

lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di

sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika

Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya

yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin.

Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga

60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini

berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang

panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya

berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia

mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih.

Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam

famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah

Achillea ptarmica.

UMUM 
ELEKAMPANE

Elekampane ialah tumbuhan saka kasar yang

berkait rapat dengan aster. Ia tumbuh sebagai

rumpai di tepi jalan, tetapi ia pernah ditanam

dengan meluas untuk tujuan perubatan.

UMUM 
POKEWEED

Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang

tinggi dan bercabang dengan bunga hijau –

keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal

dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan

ke barat Amerika Utara dan ke benua lain.

Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi.

UMUM 
SWEET CICELY

Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang

berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah

tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi

satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam

bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya

panjang, tegak dan berwarna perang gelap

berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang

beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun

yang lebih besar mempunyai belak-belak

putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila

dihancurkan.

UMUM 
RUKAM

sejenis pokok saka yang kecil atau sederhana besar dalam famili Flacourtiaceae. Terdapat empat spesies rukam di Semenanjung Malaysia, iaitu Flacourtia jangomas dan Flacourtia rukam (rokam manis), Flacourtia inermis (rukam masam) dan Flacourtia indica (kerkup kecil).

PERTANIANFlora dan Fauna
AKAR PAHITAkar pahit ialah sejenis pokok saka kecil dengan

daun berair, batang berisi, dan mempunyai

sekuntum bunga yang berwarna merah jambu atau

putih.

UMUMUmum
KOMFREI

Komfrei ialah tumbuhan saka yang rimbun yang

terdapat di Eropah dan Asia.

UMUM 
NASTURTIUM

Nasturtium ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropika

Amerika. Nasturtium adalah bunga taman

kegemaran. Ia adalah tumbuhan tahunan yang

tumbuh menjalar atau memanjat yang tingginya

mungkin kira-kira tiga meter. Bunganya berwarna

kuning, jingga atau merah.

UMUM 
RANUNKULUS

Ranunkulus ialah nama saintifik bagi kira-kira

250 spesies tumbuhan saka dalam famili

butterkup. Tumbuhan ini mempunyai akar berubi.

Kebanyakan spesies berbunga putih, kuning atau

merah. Bunganya berbentuk mangkuk dan

cenderung menjadi leper apabila kembang.

UMUM 
123

Kembali ke atas