Neurologi ialah bidang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf (lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor yang menerima latihan kepakaran dalam neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan latihan sambil kerja. Mereka menilai dan merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau strok atau pesakit yang mendapat gangguan seperti penyakit Alzheimer, Huntington, meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan Parkinson. |