Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kocek (pd baju, seluar, dll), kantung; anak ~ kocek kecil; kamus ~ kamus yg dapat dimasukkan ke dlm saku; menyakukan memasukkan ke dlm kocek (saku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saku (kata nama)
Bersinonim dengan kocek, poket, kantung, pundi;,
Kata Terbitan : menyakukan,

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Muda diajun,
     kikir diperbuat.

Bermaksud :

Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. <i> Transistor i> yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga <i> sel suria i> yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM 
MINAHASA

MINAHASA, saku kaum yang tinggal di kabupaten Minahasa Sulawesi Utara, Indonesia.  Ibu kota Minahasa ialah Manado.  Lazimnya orang Minahasa menyebut diri mereka ‘orang Manado’ atau ‘Kawanua’ dalam percakapan seharian.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas