Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet British, yang mengadakan persembahan bersama- sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh Frederick Ashton, seorang pereka tari. Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia belajar menari balet di London di bawah tunjuk ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947, dia menyertai Royal Ballet. |