Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : salah sangka, marah kerana salah mengerti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK ALBERT

Tasik Albert, juga dikenal sebagai Albert

Nyanza, salah sebuah punca Sungai Nil. Tasik ini

terletak di antara Uganda dengan Zaire. Ia meliputi

kira-kira 4248 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira

160 kilometer dan lebarnya kira-kira 32

kilometer. Air Tasik Albert datangnya dari Tasik

Edward di selatan melalui Sungai Semliki dan

mengalir keluar ke utara melalui Nil Albert. Tasik

Albert dinamakan sempena suami Ratu Victoria

dari Great Britain.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 
POLINESIA PERANCIS

Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut

kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan

Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii.

Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta).

Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah

pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas

kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri

kebanyakannya daripada gugusan kepulauan

Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan

Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah

pulau dalam Kepulauan Society – ialah

ibu wilayah ini.

UMUM 
ORANG PUSHTUN

Orang Pushtun ialah salah satu kumpulan etnik

yang terbesar di Afghanistan dan Pakistan.

Kumpulan itu merangkumi kira-kira setengah

jumlah penduduk Afghanistan dan kira-kira satu

per lima daripada jumlah penduduk Pakistan.

Kebanyakan orang Pushtun tinggal berhampiran

dengan sempadan di antara Afghanistan dengan

Pakistan – di bahagian timur Afghanistan atau

bahagian barat Pakistan.

UMUM 
TACITUS, CORNELIUS

Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.–120 M.) ialah

salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia.

Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories

yang mengisahkan tentang pemerintahan yang

singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan

Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom

dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero.

UMUM 
PERGUNUNGAN URAL

Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400

kilometer merentasi bahagian barat Rusia.

Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula

daripada Bulatan Artik hingga menghampiri

sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi

menganggap pergunungan ini sebagai salah satu

sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta

rupa bumi).

UMUM 
ARKHANGELSK

Arkhangelsk (pend. 419 000) ialah salah sebuah

bandar terbesar di dunia yang terletak jauh di

utara. Ia terletak kira-kira 150 kilometer di bawah

Bulatan Artik di Rusia, tempat Sungai Dvina

mengalir ke Laut Putih. Bandar ini menganjur kira-

kira 40 kilometer di sepanjang pantai pulau di delta

sungai itu. Untuk lokasinya, lihat Rusia (peta

politik).

UMUM 
SUNDIATA KIETA

Sundiata Kieta ( ? –1255), memerintah Empayar

Mali, di Afrika Barat dari kira-kira pada tahun 1240

hingga tahun 1255. Dia membantu membangunkan

Mali sebagai salah sebuah empayar terbesar dan

terkaya di rantau itu.

UMUM 
ZULU

Zulu ialah salah satu kaum di Afrika. Terdapat kira-kira tujuh juta orang Zulu di Republik Afrika Selatan, kebanyakannya di jajahan Kwazulu-Natal.

UMUMBandar/Negeri/Negara/Tempat
NEW BRUNSWICK

New Brunswick (pend. 723 900) adalah salah

sebuah daripada empat Provinsi Atlantik Kanada.

Kira-kira 90 peratus daripada kawasan daratannya

diliputi hutan. Saint John, ialah bandar terbesar di

New Brunswick. Ibu negara New Brunswick ialah

Fredericton.

Industri perkhidmatan menyumbangkan 72

peratus daripada keluaran dalam negara kasar New

Brunswick. Industri pembuatan pula

menyumbangkan 13 peratus daripada keluaran

dalam negara kasar. Aktiviti utama pembuatan ialah

pemprosesan makanan.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas