PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SALAK | Sejenis pokok palma | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
SEPUTUM | SEPUTUM ( ? -1876), pawang yang dititahkan oleh Sultan Perak membunuh J.W.W. Birch. Dia juga dikenal sebagai Sekutum. Dia berketurunan Melayu dan tinggal di Pasir Salak. Seputum telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah melalui Dato’ Maharaja Lela supaya membunuh Birch. Dia juga diperintahkan supaya merahsiakan rancangan mereka itu. Jika dia membocorkan rahsia, dia serta anak isterinya akan dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANDAK ENDUT | PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British. Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak. Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya. Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AOH K. HADIMADJA | penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja. Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO). Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973). | SASTERA | Tokoh |