NEUT | Neut ialah amfibia, seperti katak, kodok, dan sesilia . Neut ialah sejenis salamander. Tidak seperti katak dan kodok, neut dan salamander lain mempunyai ekor, sekalipun semasa dewasa. Ekor neut mungkin sama panjang, atau lebih panjang daripada badannya. | UMUM | |
MUDPUPPY | Mudpuppy ialah salamander yang hidup di dalam anak sungai, tasik dan sungai, terutamanya di tengah Amerika Syarikat. Olm yang hidup di dalam gua di Eropah tergolong dalam famili yang sama. Mudpuppy boleh membesar sepanjang 43 sentimeter, tetapi mudpuppy sepanjang 20 sentimeter mungkin telah cukup dewasa. Mudpuppy mempunyai badan yang licin. Warnanya mungkin perang tua, kelabu-perang atau hitam, dan biasanya berbintik-bintik lebih gelap. Ia mempunyai ekor leper yang kuat dan empat kaki yang lemah. Ia mempunyai insang luar yang berwarna merah keunguan di belakang kepalanya yang pendek dan leper. Mudpuppy juga dinamakan water dog. | UMUM | |
AMFIBIA | Amfibia ialah haiwan yang tidak bersisik – terkecuali beberapa yang sebahagian hayatnya hidup dalam air dan sebahagian lagi di darat. Terdapat kira-kira 3200 jenis amfibia, dan ia merupakan salah satu kelas vertebrat (haiwan bertulang belakang). Amfibia termasuk katak, kodok, salamander, dan sesilia. | UMUM | |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |