Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.la.si.lah] | سلسيله

Definisi : Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan); kesalasilahan hal yg berkaitan dgn salasilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la.si.lah] | سلسيله

Definisi : daftar keturunan keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salasilah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan asal keturunan, susur-galur, asal usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah, sejarah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALASILAH KUTAI

SALASILAH KUTAI, karya sastera sejarah.  Salasilah Kutai mengisahkan cerita raja-raja Kutai Kertanegara yang didirikan pada abad ke-14 hingga zaman Raja Pangeran Panji Mendapat yang memerintah pada abad ke-17.  Salasilah Kutai pernah dua kali diterbitkan.  Pertamanya, oleh C.A. Mees (1935) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Tuan Khatib Muhammad Tahir pada tahun 1265.  Kali kedua oleh W. Kern (1956) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Awang Lambang pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman (1850).

SASTERAKarya
SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS, karya sastera bercorak sejarah.  Judul penuhnya ialah Salasilah Melayu dan Bugis Lama dan Sekalian Raja-rajanya.  Karya ini ditulis pada 28 Ogos 1865 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, seorang pujangga Melayu dan cucu kepada Raja Haji.

SASTERAKarya
SAM'ANIY, AL-

Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah

pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli

geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn

Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al-

Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal

kerana telah banyak mengembara untuk menuntut

ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa bilangan gurunya

melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam

pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya

menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil

karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang

mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil

Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al-

Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga

amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan

sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan

biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi

sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka

menurut susunan abjad.

UMUM 
QATADAH IBN DI’AMAH

Qatadah ibn Di’amah (61–118 H./680–736 M.),

tokoh bahasa Arab, dan pakar ilmu salasilah

keturunan dan sejarah peperangan orang Arab.

UMUM 
KESULTANAN BRUNEI

KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
ANWAR

Sultan Maguindanao ke-11.  Baginda ialah anak Sultan Borahman, iaitu sultan kesembilan dalam salasilah Kesultanan Maguindanao.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKekerabatan
SALIM III

Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera

Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda

merupakan sultan ke-28 dalam salasilah

Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III

menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya

Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.

Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,

keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia

dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah

sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789

M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang

terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri

Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada

tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir

dengan perdamaian antara kedua-dua negara

tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya

Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan

sebahagian negeri Quban, Busarabia dan

beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga

diserahkan melalui Perjanjian Yash.

UMUM 
SYAABAN

Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim

Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun

412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk

kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah

s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna

berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab

memohon agar dipecah-pecahkan mengikut

pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan

selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu

bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.

UMUM 
ANAS IBN MALIK

Anas ibn Malik (10 S.H.–93 H./612 M.–712 M.) ialah

salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dari

golongan Ansar. Salasilah keturunannya berkait

dengan Bani al-Najjar daripada suku al-Khazraj .

UMUM 
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
123

Kembali ke atas