Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.la.tin]/[sa.la.tin] | سلاطين

Definisi : Ar ark (jamak bagi sultan) sultan-sultan, raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salatin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUSTANU'S-SALATINBUSTANUS US-SALATIN, kitab sastera Melayu klasik yang bermaksud Taman Raja-raja.  Kitab ini dikarang oleh Syekh Nuruddin ar-Raniri pada tahun 1638 atas perintah Sultan Iskandar Muda, Acheh.  Malah dikatakan kitab ini dilahirkan untuk menyaingi Tajus-Salatin  karya Bukhari al-Jauhari.  Dibandingkan dengan Tajus-Salatin  yang hanya memmpunyai nilai keagamaan, Bustanus-Salatin  pula mempunyai kedua-duanya iaitu nilai-nilai keagamaan dan sejarah.  Bahkan nilai sejarah mempunyai peranan terpenting dalam karya ini.SASTERAKitab
BUSTANUS SALATIN

Bustanus-Salatin ialah kitab sastera Melayu klasik daripada genre sastera ketatanegaraan. Bustanus-Salatin bermaksud Taman Raja-raja.

SASTERAKarya
TAJUS SALATIN

TAJUS SALATIN, kitab daripada genre sastera ketatanegaraan.  Tajus Salatin menjadi pegangan kepada raja dan pembesar negara Islam mentadbir negara masing-masing.  Tajus Salatin juga dikenal dengan nama Mahkota Segala Raja-raja.  Terdapat beberapa pendapat mengenai pengarang sebenar kitab ini.  Menurut R.O. Winstedt, kitab ini adalah hasil kesusasteraan Parsi dan pengarangnya ialah seorang jauhar (saudagar permata) dari Bokhara.  Kitab ini disadurnya ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Aceh.  Rouffiaer (seorang sarjana Belanda) mengatakan bahawa jauhar adalah Johor dan fakta ini diperkuatkan lagi oleh Roorda van Eijsinga yang mengatakan pengarangnya adalah Bokhari dari Johor.  Berdasarkan pendapat ini, pengarang Tajus Salatin dipercayai ialah Bukhari al-Jauhari, seorang tokoh kesusasteraan Melayu klasik yang hidup pada awal abad ke-16.  pendapat lain juga dikemukakan oleh Hooykaas, Ronkel, Valentyn dan de Hollander.

SASTERAKarya
PARAMESWARA

Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan

Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414).

Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera,

Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya

dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin

menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar

Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis,

masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi-

sula’ dan ‘Parameswara’.

UMUM 
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN PERAKTUN PERAK (1420-1498), bendahara kerajaan Melayu Melaka yang terulung yang berkhidmat di bawah empat orang sultan.  Dia adalah keturunan bangsawan yang telah banyak berjasa kepada perkembangan kemakmuran dan kestabilan Melaka.  Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karangan Tun Seri Lanang (1612) mencatatkan Tun Perak sebagai salah seorang daripada tiga tokoh terpintar di alam Melayu sehingga abad ke-15, selain Mangkubumi Majapahit dan Mangkubumi Pasai.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WASIATWASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat.  Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan.  Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah.  Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi  tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil.  Tradisi ini dikatakan ‘wasiat’ terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya.BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
NAINA SURIA DEWANA

NAINA SURIA DEWANA (   ?  -   ?  ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas