| SALE | Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut, ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai dan gas. | UMUM | |
| SALON | Salon, merujuk kepada sejenis bilik dan kegiatan- kegiatan tertentu yang berlaku di dalam bilik tersebut. Perkataan salon berasal daripada perkataan Perancis lama sale , yang bermaksud dewan besar . | UMUM | |
| RABAT | Rabat (pend. 518 616) ialah ibu negara Maghribi. Rabat terletak di bahagian utara negara tersebut. Ia terletak di pesisir pantai Lautan Atlantik, di muara sungai cetek di Bou Regreg. Sungai Bou Regreg itu memisahkan Rabat dari bandar Salé yang mempunyai 290 000 orang penduduk. | UMUM | |