SALEH DAUD | SALLEH DAUD (1934 – ), penulis. Dia lahir pada 24 Disember 1934 di Cincin, Jasin, Melaka. Dia menggunakan nama pena Zulastry. Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Cincin, Jasin hingga lulus darjah empat (1941 – 1945). Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Durian Tunggal, Melaka hingga lulus darjah lima pada tahun 1948 dan Sekolah Melayu Alai, Melaka hingga darjah enam pada tahun 1949. Dia pernah menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Bukit Katil, Melaka sebelum melanjutkan kursus perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1951 – 1954). | SASTERA | Tokoh |
BOEJOENG SALEH | BOEJOENG SALEH (1923- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 25 Disember 1923 di Jakarta. Nama sebenarnya ialah Saleh Iskandar Poeradisastra. Dia juga menggunakan nama S.I. Poeradisastra. | SASTERA | Tokoh |
SALMI MANJA | SALMI MANJA, (1937 - ), wartawan dan penulis Singapura. Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid. Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh. Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura. Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. | SASTERA | Tokoh |
TAREKAT QADIRIYAH | TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad. Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib. Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali. Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah. Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali. Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf. Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya. Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’. Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat). Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
CERPEN MALAYSIA | CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu. | SASTERA | Karya |